Saturday, May 16, 2015

# Kehidupan di Universiti 2

Antara rutin harian pelajar universiti adalah mandi, tidur, solat, makan dan lain-lain.

Sebut pesal makan, banyak cerita tentang makan,jenis makanan dan tempat makan.
Jangan tak percaya yang soalan paling susah di universiti adalah; Malam ni nak makan mana?
Nampak mudah tapi percayalah jawapan yang nak keluar dari mulut memasing adalah sangat susah.

Sebab apa?
Sebab banyak sangat pilihan kedai makan sekitar Lembah Pantai ni dan masing-masing punya citarasa tersendiri.
Mana boleh ko decide apa yang orang lain nak makan kan. So kekadang tu ambil masa 15 minit jugaklah nak ambil final decision sebelum Wan start kereta nak panaskan enjin.

Kalau Wan dia tak kesah sangat bab-bab makan ni, asalkan kenyang, kira ok lah tu. Zul pula bab makan ni dia memang cerewet sikit. Makanan kene sedap betul. Tak boleh ala kadar jek.
Dan sebab tu jugak, aku tak pernah ragu-ragu kalau dia rekemen tempat makan baru. Memang puas hati punyer lah.

Dan kepada sesiapa pelajar universiti yang belajar sekitar area Lembah Pantai Dalam,kat sini ada beberapa recommendation kalau tetiba korang rasa lapar dan tak tahu nak makan kat mana.
Lagi-lagi lapaq masa buat assignments pukul 2-3 pagi. Ala bukan aku tak tahu kebanyakan dari korang suka buat kerja last minit kan.Haha

Restoran Murni;
Ada banyak cawangan sebenarnya, Bukit Jalil, SS2 antara yang selalu kitaorang pergi.Makanan sedap, portion banyak and 
dia ada banyak jenis air yang nama dia agak catchy di situ.Harga boleh tahan la.Standard KL.

Restoran Ibu;
Ni lagi satu kedai yang yang sediakan portion banyak. Terletak kat sebelah Flat Pantai Dalam. Dekat dengan Lan roti canai (nanti aku explain). Sesuai lah kalau korang nak g 3-4 orang.
Kalau reramai sangat tak sesuai sebab kedai ni kecik jek.

Nasi ayam tiptop Pak Ayop;
Kat pantai dalam jugak. Dia bukan ada nasi ayam jek. Nasi daging oun ada.Sup campur dia memang special. But kedai ni tak sesuai unbtuk orang yang kuat ajinomoto. Dia letak
aku rasa setengah senduk jugaklah untuk satu mangkuk, Lepas makan rasa high jek.

Restoran Anis Puteri;
Masakan ala kelantan.Lauk dia banyak gila dan ada gulai kawah. Sesuai kalau korang bawak family sebab tempat dia sumpah selesa. Parking senang,tandas besar,dan ada surau 
untuk solat dalam tuh.Dekat pantai dalam jugak.

Kafe Kolej 7 UM
Ni kalau korang malas sangat nak fikir nak makan kat mana, Kat sini pun banyak pilihan sebenarnya dan harga dia konfem la jauh lebih murah dari restoran kat luar.Portion
dia agak banyak dan aiskrim dia memang terbaik.

Kafe Kolej 11 UM
Andaikata korang nak menikmati chickenchop,lambchop, steak and makanan western yang lain. Ha kat sinilah tempatnya.Bayangkan chickenchop double korang boleh daopat dengan
rege 7 ringgit lebih siap percuma air lagi. Masyukk kan.

Kari Bawah Pokok
Bukan nak kata apalah. Tempat ni memang paling lejen bagi sesiapa yang belajar area-area pantai dalam dan lembah Pantai.Bangsar sekali.Ramlee Sarip pun selalu makan kat sini derr.
Speciality dia kari kepala ikan.Memang menangkap,
Tapi dia tak banyak lauk. Cuma ada ayam goreng sotong goreng, dan ikan goreng.Nasi nanti dia campuq dengan kari kepala ikan dan korang boleh tambah taugeh kasi sedap sikit. Kalau amek ayam goreng, taugeh
unlimited, dan nasi yang dah dicampur kari cuma 3 ringgit jek.Murah la kan. Air dia seringgit, tapi ada teh O ais jelah.Kedai ni area-area bangsar, dekat dengan TMC.

Ni antara beberapa listing yang aku rekemenkan tak termasuk Ali cafe, scud, amjal, garden dan Makjah sebab tempat ni terlalu commun terutamanya bagi pelajar foundation.
Tetiba kecur liuq teringat ayamn goreng bawah pokok.Lupa pulak hari ni Ahad: Kari Bawah Pokok tutup.


Wednesday, April 29, 2015

Monsieur dan rugby




Last Monsieur main rugby adalah pada tahun 2013, masa tu Monsieur balik sekejap cuti summer kat Malaysia. Ada friendly antara Mozac senior (alumni) dengan Mozac junior.

Masa 2007 dan 2008. Monsieur pernah main untuk MSSN Melaka dan final biasanya kitaorang jumpa dengan KYS.Kalau setakat scrum, rucking, tackle and dropkick memang Monsieur ingat. Rules semua still in my heart.

Tapi sekarang ni dah tahun 2015, dah lebih 5 tahun Monsieur tak praktis. Stamina pun dah merosot. Lari 5 round padang dah pancit. Semalam kene 7 round memang mencungap jugak. Tapi sebab nak kasi korang semangat, Monsieur bantai jek.

Ni jersi Monsieur kat skolah dulu.
Position prop and lock.

Kat Universiti dulu main juga, tapi dah kurang aktif.

Nanti dah habis sekolah, jangan lupa datang balik untuk train junior-junior rugby korang.
Sekolah-sekolah yang hebat ni sebab alumni dia hebat dan komited untuk sekolah.

Alumni korang came plak?
Sendiri mau jawablah