Saturday, April 2, 2011

Dayuskah Anda?

Dayuskah aku?satu persoalan yang aku tak mampu nak
jawab sebab aku belum punyai isteri mahupun anak perempuan,namun kepada sesiapa yang dah berkahwin dan mempunyai isteri serta anak,mungkin anda boleh menilai samada diri anda seorang imam yang baik kepada institusi keluarga ataupu
n sekadar seorang lelaki yang berkahwin tanpa memahami konsep sebuah perkahwinan.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Adakah anda mahu isteri anda begini(katakan ya)



Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

P/S: Keputusan terletak kepada anda,anda nilai,anda lakukan perubahan

Friday, April 1, 2011

Professional vs amateur


Dah banyak kali aku dengar orang kutuk klinik@hospital kerajaan ni lembab la,tak effisien la,doktor tak punyai pengalaman dan kriteria ya
ng sepatutnya dan berbakul lagilah sumpah seranah yang keluar daripada mulut mereka.

Semalam sekali lagi aku terdengar kata2 yang tidak baik tentang klinik kerajaan semasa aku pegi klinik tuk check kaki aku yang dah terseliuh.Aku jumpe seorang makcik ni yang merungut2 pesal klinik tu..Dia bagitau yang doktor suro dia tukar ubat masa dia datang appointment tuk minggu lepas,tapi bila check ari ni,doktor tu marah dia sebab pepandai tukar ubat tanpa preskripsi yang sah(ditandatangani oleh doktor tersebut la maksudnya).Menurutnya lagi,kalau diikutkan hati,mahu saja dia mendapatkn rawatan di klinik SWASTA,malangnya dia bukan orang yang berkemampuan

Lbey kurang macam nila masa makcik tu cakap ngan aku

Walaubagaimanapun,aku tak salahkan klinik tersebut mahupun makcik itu.Bagi aku kita mestilah saling memahami.Makcik tu sememangnya rakyat biasa yang mengharapkan yang terbaik daripada klinik itu,itu aku paham sebab aku berada dalam situasi yang sama!
sememangnya satu kesilapan kalau kita compare klinik kerajaan ngan klinik swasta dari segi kemahiran dan servis.Klinik kerajaan selalunya menggunakan khidmat pembantu doktor(MA) untuk memeriksa pesakit.Selain itu,dari segi gaji,doktor di klinik swasta 2 kali ganda lebih banyak compared to doktor kerajaan,masa kerja lagi,kene pikir sume tue.So mintak maaflah kadangkala servis yang ditawarkan tak menepati ciri2 yang dikehendaki.Bagaimanapun sebagai rakyat yang bertanggungjawab,seharusnya kite berterima kasih kepada doktor2 ini yang telah banyak berkorban masa dan tenaga...

P/S: Diharapkan selepas ini,takdelah orang yang kutuk klinik kerajaan dan compare kan dengan klinik swasta..

XOXO