Nilai manusia itu terletak pada apa sebenarnya
?
Bila tiap kali exam, masyarakat akan tanya
berapa A’s yang diperoleh oleh anak.
Kalau straight A’s dikira pandai, and vice
versa. Parents yang selalunya over excited.
Kalau di University, kawan-kawan akan tanya
berapa pointer yang ko dapat.
Kalau 4 flat, hidup ko akan senang, kalau tak
susah lah nak dapat kerja nanti.
Bila reunite dengan kawan-kawan lama satu
sekolah, sekolej, dan satu university, akan ada member-member materialistik
yang akan main compare-compare gaji dia dengan orang lain, kereta apa yang
member dia pakai, isteri siapa yang lagi cantik, suami siapa yang lagi
berpangkat. Ini benda biasa. Bukan adat Melayu. Kat oversea pun sama juga. Cuma
masyarakat sana bijak macam mana nak counter isu yang sebegini.
Apapun perlu ingat yang semua itu REZEKI
masing-masing dan kita takda hak nak pertikaikan.
Memang masa sekolah dia bodoh, sekarang dia dah
ada Phd. Sebab apa, sebab dia usaha.
Memang dulu ko dapat straight A’s, tapi lepas
tu tak ke mana. Sebab apa, sebab ko bongkak dan ego.
Bini punyalah cantik, tapi kesihatan ko tak
baik, tak guna jugak, takkan sekadar pandang jek.
Kereta mewah, anak pulak tak menjadi, degil,
dan bodoh. Sebab apa, sebab keberkatan tu takda.
Bilangan A’s bukanlah pengukur
kebijaksanaan dan kesempurnaan akhlak
Pointer hebat pun bukan jaminan
ko jadi pelajar yang holistik
Kereta mewah kalau hutang
keliling pinggang pun dikira miskin juga.
Isteri lawa, mati tukar jadi skeleton jugak.
So sebenarnya apa yang kekal ?
Tak kaya kita dengan harta yang kita ada,
kayanya kita dengan harta yang kita beri.
Benda macam ni perlu di setting dan di tune kan
kembali dalam otak masyarakat sejak kecil lagi.
Peranan ibu bapa dan guru sangatlah penting.
Mati kerana frust dalam exam sangatlah tak
berbaloi, lainlah seppuku atau hara-kiri sebab terima rasuah atau pecah amanah
!