Salam bersidang dari meja Kerajaan
Salam membantah dari meja pembangkang
Sudah lama rasanya aku meninggalkan dunia perdebatan.
Dulu kita berdebat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan bijak dalam memanipulasi fakta.
Aku tinggalkan dunia ini kerana sedar yang bahas diadakan bukanlah untuk itu.
Tujuan bahas yang sebenar adalah untuk mencari kebenaran
Walaubagaimanapun, baru-baru ni aku train budak bahas sebab Kak Limah, guru debat minta tolong.
Dia bersalin dan tak dapat nak tengok latihan pelajar.
So dengan ilmu yang terbatas, aku just sharing apa yang aku tahu, base on my experience.
Dorang ni ok, cume level of confident tu rendah sangat .
And, dorang kurang membaca menyebabkan kesukaran dalam menghurai maklumat.
Team bahas Bahasa Melayu Menengah Rendah
Setiap kali habis training, aku akan buat refleksi untuk dorang luah apa yang dorang rasa dan sampaikan apa yang dorang dapat pada hari latihan tersebut.Sesi Curhat (curahan hati) sebenarnya.
Sekali sekala dengar dorang curhat tu, kadangkala rasa sebak pula.
Papepun doakanlah yang terbaik untuk team bahas Bahasa Melayu nih.
Pemain baru dalam debat Bahasa Melayu |
Nasihat yang diberikan Lutfi, bekas pembahas tingkatan 5 |
Team forum yang sama-sama berlatih |
Dalam bilik caklempong pun boleh jadi jek latihan |
Guru Bahas Bahasa Melayu 2015