Hoi cepat sikit boleh tak? Aku dah nak terkucil nih !
Tempik Celeng bila Deris masih
belum ingin keluar dari tandas selepas 20 minit. Dia merenung siling yang sudah
didiami anai-anai dan menunjukkan tanda-tanda akan runtuh tak lama lagi.
Bangunan ini sudah tidak selamat didiami. Bukan Celeng yang reka cerita, tapi
pihak bomba yang kata.
Lagi dua tandas turut penuh menambahkan lagi berangnya. Dia tidak mahu
lewat lagi ke kelas. Sudah tiga kali dia mendapat amaran
dari En. Jalal (bukan nama sebenar). Dia sudah serik. Dia mahu tiba awal hari ini. Harap-harap Fendi akan
sudi tumpangkan dia dengan Panthernya.
*********************************************************************************
Dialog
di atas adalah adegan biasa yang berlaku di blok ini 4 years back then. Ketika kami sama-sama
dalam program asasi, sebelum aku terbang ke negeri Napoleon dan menetap di
salah sebuah Bandar yang paling sejuk di Perancis.
Menetap di
dalam sebuah rumah yang menghimpunkan seramai 19 orang ahli di blok 1 seriously
bukan mudah. Dengan beberapa bilik yang bocor dan dimasuki air sehingga ada di
antara kami yang terpaksa tinggal di ruang tamu – suasana persis di hospital
ketika itu. Dan disebabkan faktor-faktor ini, kami mempunyai semangat toleransi
yang tinggi. Semangat berkongsi makanan, barangan, dan dalam masa yang sama,
kami respect hak milik masing-masing.
Kalau keluar
rumah, memang kami sering bersama. Keluar makan malam, main bola, solat
berjemaah di Surau Al Ghazali . STOP, cerita pesal surau, biasanya
junior-junior memang akan rajin ke surau. Aku pun tak pasti samada amalan itu
ikhlas dari kami ataupun sekadar paksaan dari senior. Masa duk rumah ni, aku
ada sorang kawan yang selalu bangun paling awal dan kejut kami untuk bangun
solat subuh. Nama dia Faiz
Amir dan khabarnya dia bekas pelajar dari UIA. Patutlah baik
masa tuh.
Paling syiok
adalah pada bulan Ramadhan, sebab selalunya kami akan jalan ramai-ramai pergi
Pasar Ramadhan dan beli juadah untuk berbuka puasa. Waktu sahur pula, kami akan
masak sama-sama mengikut jadual yang disediakan. Time tu, siapa yang tak pandai masak pun boleh jadi level
pakar dah. Antara yang paling sedap masak adalah Zul, Fendi, dan
Afiq. Sebut nama Afiq, teringat plak dekat Tan. Tak tahulah sebab apa. Heh.
Kat
dalam rumah ni jugaklah aku blaja cakap dialek Utara dan Pantai Timur. Walaupun
ahli rumah kami berbeza latar belakang dan latar fikirnya, tiada semangat
assabiyah di antara kami ketika itu. First time aku jejak kaki kat Institut dan
blok ni, ada sorang budak Kelantan tegur aku. Muka dia nampak baik, peramah dan
dia cuba berborak dengan aku kat tangga kecemasan sambil pegang paket maggi dan
makan macam mamee. Malangnya aku tak paham papepun sebab dia kecek supo
sub machine gun. Laju
sampai sebutir pun aku tak dapat tangkap. Aku angguk je pura-pura faham.
Dari
situ aku amek inisiatif untuk belajar loghat Kelantan dan Kedah. Kelantan dari
Jepah dan Kedah dari Zul dan Aim. So loghat Kelantan yang aku guna
lani kebanyakannya adalah hasil didikan dari Jepah. Baik buruk, korang nilailah
sendiri. Alhamdulillah sekarang aku dah takde masalah nak faham loghat Utara
dan Pantai Timur. Bahasa Kadayan pun aku ada blaja sikit-sikit dari Haziq. Lupa
nak bagitau, budak yang kecek laju lajok kat tangga kecemasan tu nama dia Aje,
nama KL, Ajam.
Tahun 2011, aku
fly ke negara yang berbentuk heksagon dan tinggalkan blok ini for 3 years.
Tahun 2014, aku balik ke sini dan mereka masih tinggal di blok 1 - dan kebetulan
masa aku balik tu lif tengah rosak. Masa tu aku fikir banyak betul pengorbanan
yang dorang korbankan untuk junior-junior sekarang. Junior foundation dapat blok
2; blok tinggalan INTEC yang masih cantik. Untung pelajar-pelajar baru ni sebab
dapat senior2 yang baik macam mereka. Tu sebabnya aku kadang2 marah dorang bila
ada segelintir yang masih tak bersyukur dengan rosakkan lif blok 2 dan tuduh
JPP macam2.
Tahun
ni semua ahli blok 101 A 2009 dah masuk sem 8. Sem terakhir
merangkap senior paling tua di sini. Maksudnya mereka akan keluar dan mengajar
tidak lama lagi. Kepada semua ahli 101 A, selamat bertugas dengan penuh
dedikasi dan berintegriti.
Special tribute
to ;
- Fendi
- Zul
- Wan
- Aiman
- Celeng
- Aje@Ajam
- Deris
- Faiz Kecik
- Jepah
- Razin
- Alif
- Solah
- Syed Faiz
- Aimullah
- Tan
- Haziq
- Leekky
- Afiq
- Me
Last but not
least, I love u all ( Sofi, 2010)