|
Front cover
|
|
Back cover |
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah
Hanya kalimah agung itu yang mampu terlafaz di bibir .
Kepulangan Reza ke Besancon bersama
senaskhah antologi puisi bernama DANDELION sudah cukup untuk meredam
kegelisahan menghadapi tahun kedua di
sini.
Ini kali pertama
karyaku dicetak rasmi (selain majalah Kuntum dan Asuh).
Berserta label
rasmi GKLN dan kod ISBN,hati kecil ini bangga walaupun belum bergelar penulis
hebat seperti Ramlee Awang Mursyid yang sangat aku kagumi.
“ DANDELION”
menghimpunkan 62 orang
penulis muda yang merantau di pelbagai latar
negara: Amerika,Australia,India,Indonesia,Ireland,Jepun,Jordan,Maghribi,Mesir,New
Zealand,Perancis,Rusia,dan United Kingdom. Mereka bernaung di bawah persatuan
penulis Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Bertemakan unsur Islam,antologi ini
rinci dengan pelbagai isu dan nilai serta dengan uniknya mempamerkan pemikiran
dan pengalaman para penulis sepanjang kembara di luar negara”
|
Biodata penulis |
|
Puisi Terhempas |
|
Puisi pelarian |
Kadang2 terfikir juga, dah 21 tahun tapi still tak banyak
karya bermanfaat yang dihasilkan.Jeles gak dengan Hilal Asyraf yang baru 23
tahun,tapi dah tulis banyak novel dan mempunyai syarikat sendiri.
Insyaallah kena kerja keras lagi.