Saturday, June 4, 2011

Hobi membuang bayi


Hari ni lepas study sket, aku turun jap usha paper kat ruang tamu. Sekali lagi berita pesal kes buang bayi terpampang di dada akhbar.Sebenarnya aku nak baca bab sukan jek especially bola la.last2 terpaku gak aku kat tajuk2 hangat yang menceritakan perbuatan bangsat remaja kita.

Untuk hari ni, aku pun dh tak bley nak ingat ni kes keberapa dalam tahun ni sebab dh terlampau banyak perbuatan laknat ni berlaku.Bayi dalam tandas la,tepi tong sampah,bayi kene campak dari level5 n banyak lagi kisah sensasi tentang pembunuhan bayi yang tak berdosa ni.

Kekadang aku terpikir gak salah siapa di sebalik malapetaka yang membadai ahklak pemangkin negara ni.Salah parents kah,salah gurukah,salah sistem pendidikan kah,ataupun memang salah golongan bajingan ini?Pelik-pelik,mase seks luar nikah,sume terasa nikmatnya,bile dh bunting, si jantan jongos lari, merasalah ko sendiri azabnya.Nak ngadu kat parents malu,nak report polis,bukannya kes rogol pun...Last2 amik keputusan bangang dengan membunuh bayi,teruk punye orang.

Hopefully takdelah sedara mare aku yang melakukan perbuatan keji dan hina ni.Memang memalukan.

*MAJORITI PEMBUANG ANAK IALAH MELAYU MUSLIM..

*HOPEFULLY TAK DAPAT PELAJAR YANG BERPERANGAI SEPERTI BINATANG INI.

P/S= at least sekolah harapan di melaka berjaya mengurangkan kadar pembuangan bayi,apa pula sumbangan anda?

6 comments:

Madre Amor said...

Punca utamanya ialah pergaulan terlampau bebas,tiada pegangan agama (tidak beriman).Ummi harap anak-anak yang ada kesedaran tu jagalah IMAN supaya tidak terjebak.

A. Asyraf (asd_slade) said...

insyaallah....semoga generasi kita akan sedar.menjadi kewajipan pendidik untuk mencetuskan perubahan...Amar makruf,nahi mungkar

imran shafiei said...

kerana Imanlah yang memandu kita....
dan Iman pendinding kita....
dengan Iman buat kita takutkan tuhan....
dan jauhkan diri dengan larangan tuhan...

A. Asyraf (asd_slade) said...

ye kadangkala iman kita meningkat dan kadangkala menurun...terima kasih di atas komen anda..

Elle Who? said...

turutkan nafsu, lesu...turutkan hati, mati...

A. Asyraf (asd_slade) said...

Hebat ayat hang naa leen