Tuesday, March 22, 2011

Ini bukan cerita lucah





(kepada lelaki)Perempuan seperti inikah isteri idaman and
a


(Kepada perempuan)Lelaki seperti inikah yang akan menjadi imam anda
nanti

Hari ini kalau kita lihat di dada2 akhbar mahupun internet, terlampau banyak jenayah yang berlaku di sekeliling kita.Berita rogol,curi,bunuh,dan rasuah seolah-olah mewarnai kehidupan rakyat kita.

Di mana2 kita acapkali terdengar peristiwa fitnah dan rasuah berlelu
asa hingga kadangkali aku buntu mahu membezakan yang mana fakta yang mana fitnah. Sesetengah suratkhabar juga seperti ada yang berat sebelah dalam melaporkan berita sehingga sanggup memanipulasi fakta untuk mensensasikan ceri
ta.Budaya rasuah,liwat,rakaman video lucah bukan perkara baru dalam masyarakat dunia.Malangnya ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan perkara ini untuk kepentingan mereka.

Berjalan di tengah bandaraya yang setiap hari menghimpun jutaan manusia,aku 'suka' melihat aurat2 wanita islam yang terdedah menampakkan susuk tubuh mereka.Tanpa tudung,seluar ketat,pakaian ketat.sememangya mengundang jenayah yang tidak dijangka mahupun jenayah terancang yang berakhir dengan teriakan dan tangisan.Golongan
hawa ini bukan menutup aurat,pada hakikatnya mereka cuma memb
alut a
urat.


Bila bab menutup aurat dipermainkan


Sukar sangatkah menutup aurat

Lelaki zaman moden juga tidak kurang dalam 'memanfaatkan' keseronokan dunia.Kerapkali gadis2 naif menjadi mangsa kerakusan mereka.Ajakan dan pujukan lelaki buaya darat ini dengan mudah mencairkan dan menewaskan pendirian dan maruah mereka.Undangan makan malam bersama akhirnya berakhir diranjang di hotel budget bagi mengecap kenikmatan dunia yang tiada penghujungnya.Bila perut dah kembung barulah ingin bertaubat,lebih teruk lagi ada yang mengambil tindakan zionis dengan menggugurkan kandungan mereka.Bagi saya Sekolah Harapan yang ditubuhkan di Melaka ada relevannya bagi mengekang masalah ini,bukan seperti yang didakwa pihak tertentu yang kononnya alternatif ini satu pembaziran dan mendorong kepada berlakunya kepada lebih perbuatan zina.


Dah jadi macam ni barulah nak bertaubat

Terus terang, dunia kita semakin bergoncang,maksiat semakin mencengkam,dan akidah islamiah terus tenggelam dalam arus kemodenan yang menjanjikan kerosakan dan gagasan kesyaitanan

Bila al-quran tidak dijadikan panduan,
Cakap ulama' diperlekehkan,
Hukum Allah dipermainkan,
Kita semakin menuju kebinasaan

P/S= Ini cuma pandangan peribadi penulis,tidak ada sebarang niat menyentuh sensiviti sesetengah pihak.Bahan ini tidak layak dijadikan rujukan akademik,hanya berfungsi sebagai bahan berguna untuk renungan bersama

XOXO